Followers

Monday, September 5, 2011

~Selamat Datang~

Assalamualaikum wrmt

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua mahasiswa mahasiswi baru Universiti Kebangsaan Malaysia terutama sekali buat bakal penghuni Kolej Rahim Kajai dan teristimewa buat adik-adik yang bakal dipilih Allah dalam Biro kerohanian Kolej Rahim Kajai.

Tidak terlewat juga ucapan tahniah buat MT2 Biro Kerohanian Sesi 2011/2012 yang telah dilantik. Moga dengan taklifan yang diberi mampu dilaksanakan sebaik mungkin. Lakukan setiap pekerjaan dengan penuh amanah kerana setiap yang menjadi pemimpin itu akan disoal akan kepimpinannya di akhirat kelak.

Buat semua ahli Biro kerohanian sesi terdahulu mahupun sesi akan datang, teruskanlah kerja-kerja dakwah di dalam biro ini. Lakukan dengan sepenuh keikhlasan bukanlah kerana ganjaran semata-mata tetapi yang lebih utama adalah melihat tertegaknya kalimah Allah di muka bumi serta tertegaknya amar ma'ruf dan nahi mungkar. Mudah-mudahan Allah mengira amal kita di dalam biro ini sebagai perjuangan menegakkan agamanya. Teruskan dengan program-program bermanfaat. Ingatlah! tidak rugi orang yang membantu agamaNya samada dari segi wang ringgit, keringat mahupun cetusan idea. Usah merasa letihnya usaha hari ini sia-sia terbazir sahaja.

Akhirul kalam, Izinkan jari disusun dan dipohonkan seribu kemaafan andainya selama blog ini diuruskan, saya ada melakukan sebarang kesilapan. Mungkin, selepas ini blog ini akan diuruskan pula oleh sahabat yang lain pula. Besar harapannya agar blog yang tercetus dari idea hamba Allah yang hina ini dapat diteruskan dan di baikkan dari masa ke semasa.

~admin 2009-2011-NORLIYANA IDRIS~