Followers

Wednesday, August 26, 2009

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH






SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH

disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Mufti Negeri Terengganu

Sunday, August 23, 2009

Nasihat Imam Hassan Al-Bana





10 Nasihat Imam Hasan Albana

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani

BACALAH - RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah Al-Quran, atau tatpilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zirullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun
dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.

(4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.

(5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati
orang lain.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara
mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.


Friday, August 21, 2009





Assalamualaikum warahmatullah..
ahlan wasahlan Ya Ramadhan....

kami dari biro kerohanian Kolej Rahim Kajai mengucapkan selamat melalui madrasah ramadhan buat semua.... semoga Ramadhan tahun ini yang terbaik buat kita semua.Semoga kita dapat melalui Ramadhan tahun ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.... insya Allah..... sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Biro kerohanian Kolej Rahim Kajai telah menganjurkan IHYA' RAMADHAN... iaitu program sepanjang bulan RAMADHAN ini. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut...


SOLAT TERAWIH BERJEMAAH
TEMPAT: FOYER KOLEJ
WAKTU:SELEPAS SOLAT ISYAK
SETIAP HARI

TADARRUS AL-QURAN
TEMPAT:SURAU MUSLIMIN
WAKTU: SELEPAS SOLAT TERAWIH
SETIAP HARI

QIAMULLAIL (sahur disediakan)
TEMPAT:SURAU MUSLIMIN
WAKTU:4PG SETIAP SABTU MALAM AHAD

HALAQAH ILMU
TEMPAT: SURAU MUSLIMIN
WAKTU: ISNIN MALAM SELASA
JAM: 10.00-10.30MLM

semua muslimin dan muslimat amatlah dijemput untuk hadir..... mari sama-sama kita menambahkan ibadah, ilmu dan keimanan di bulan ini.....



Marhaban yaa Ramadhan,

pucuk selasih bertunas menjulang,

dahannya patah tolong betulkan,

puasa Ramadhan kembali menjelang,

salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Selamat Menunaikan Ibadah puasa






Tuesday, August 18, 2009

seNYumLAh!!




Senyum lah....




  • SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.
  • Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
  • SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
  • "SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.
  • SENYUM harus ada ketuluusan.
  • Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
  • Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
  • SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.
  • Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
  • Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
  • Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak. Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya


Thursday, August 13, 2009






LAPORAN PROGRAM


BIRO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN


KOLEJ RAHIM KAJAI
SESI 2009/2010

PROGRAM MALAM MUHIBBAH

TARIKH : 08 OGOS 2009
TEMPAT : SURAU & FOYER KOLEJ RAHIM KAJAI
ANJURAN : BIRO KEROHANIAN KOLEJ RAHIM KAJAI

OBJEKTIF :

1. Mengukuhkan ikatan ukhwah dan silaturrahim di kalangan ahli baru dengan ahli lama.

2. Menguji bakat kepimpinan dan berani menyuarakan pendapat masing –masing.


TENTATIF :

HARI : Sabtu
TARIKH :08 Ogos 2009

6.30 ptg : Pendaftaran
7.00 mlm : Tazkirah oleh Ust. Mahfuzan
7.30mlm : solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Sesi Taaruf
8.40 mlm : Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm : sidang Pleno bertajuk: Antara Akademik & Berpersatuan
10.30 mlm : Sesi Tamat
Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai telah mengadakan program berbentuk “Malam Muhibbah” yang mana bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sudah terjalin dan lebih mengenali dengan lebih erat antara ahli baru dengan ahli lama di samping untuk melatih ahli baru menonjolkan diri dengan bakat yang tersendiri dan terpendam. Program ini bermula pada pukul 6.30 petang dengan pendaftaran ajk dan para peserta kemudian sebelum maghrib kami disajikan dengan tazkirah ilmu oleh Ustaz Mahfuzan yang merupakan Mantan Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai dan beliau sekarang menyambung pelajaran Master dalam bidang Syariah di UKM. Kehadiran para peserta juga sangat menggalakkan walaupun ada dua tiga orang tidak dapat hadir dalam program tersebut kerana ada hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Selepas solat maghrib berjemaah, peserta dikehendaki keluar pergi ke foyer untuk sesi taaruf. Dalam sesi tersebut, kami membahagi kumpulan mengikut negeri kemudian masing –masing kenal diri dalam kumpulan tersebut. Selepas itu, pecahkan kumpulan mengikut warna kesukaan pula dan taaruf, kemudian mengikut tarikh lahir, dan akhir sekali bilangan adik-beradik. Dalam sesi ini juga, ahli lama terlibat juga agar ahli baru dapat mengenali ahli lama. Walaupun masa itu terlalu singkat namun kami puas hati dengan sesi tersebut walaupun masih ada lagi ahli baru segan dan malu dengan ahli lama.

Selepas solat isyak berjemaah, sesi sidang pleno hampir bermula kami membahagikan kumpulan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan ada 4 atau 5 orang . Tajuk sidang pleno iaitu “Antara Akademik & Berpersatuan”. lima kumpulan tersebut diberi peranan yang berlainan antaranya pihak pentadbiran, mahasiswa, ibubapa, majikan dan pensyarah. Masing –masing diberi tempoh 15 minit untuk cari isi untuk mempertahankan hujah masing-masing. Dalam tempoh itu, kami disajikan dengan makanan ringan dan air untuk mengisi kekosongan perut. Selepas itu, berlangsunglah sidang pleno , lama- kelamaan keadaan semakin rancak masing-masing bangun untuk menyokong hujah mereka. Keadaan paling rancak ketika mana pihak pentadbiran bangun dengan semangatnya menlontar pendapatnya dan ideanya tapi dihalang oleh pihak mahasiswa yang juga ada pendapat mereka tersendiri. Keadaan ini berakhirnya dengan sesetengah perasaan tidak puas hati dan ada yang puas hati tetapi yang paling penting semangat yang ada diri peserta yang kita hendak. Program ini berakhir tepat pukul 10.30 malam dengan diberi sedikit makanan berat. Program ini dipantau oleh Ustaz Mahfuzan sepanjang berlangsungnya program ini.

Untuk itu, terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam menjalankan program ini dan terutamanya kepada Ustaz Mahfuzan yang sanggup turun serta bersama kami dalam menjayakan program ini dan diharap program akan datang, sahabat-sahabat dapat memberi kerjasama lagi dalam menghidupkan program Biro kerohanian Kolej Rahim Kajai dan diharap program ini diberkati dan dirahmati Allah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.