LAPORAN PROGRAM
BIRO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN
KOLEJ RAHIM KAJAI
SESI 2009/2010
PROGRAM MALAM MUHIBBAH
TARIKH : 08 OGOS 2009
TEMPAT : SURAU & FOYER KOLEJ RAHIM KAJAI
ANJURAN : BIRO KEROHANIAN KOLEJ RAHIM KAJAI
OBJEKTIF :
1. Mengukuhkan ikatan ukhwah dan silaturrahim di kalangan ahli baru dengan ahli lama.
2. Menguji bakat kepimpinan dan berani menyuarakan pendapat masing –masing.
TENTATIF :
HARI : Sabtu
TARIKH :08 Ogos 2009
6.30 ptg : Pendaftaran
7.00 mlm : Tazkirah oleh Ust. Mahfuzan
7.30mlm : solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Sesi Taaruf
8.40 mlm : Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm : sidang Pleno bertajuk: Antara Akademik & Berpersatuan
10.30 mlm : Sesi Tamat
Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai telah mengadakan program berbentuk “Malam Muhibbah” yang mana bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sudah terjalin dan lebih mengenali dengan lebih erat antara ahli baru dengan ahli lama di samping untuk melatih ahli baru menonjolkan diri dengan bakat yang tersendiri dan terpendam. Program ini bermula pada pukul 6.30 petang dengan pendaftaran ajk dan para peserta kemudian sebelum maghrib kami disajikan dengan tazkirah ilmu oleh Ustaz Mahfuzan yang merupakan Mantan Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai dan beliau sekarang menyambung pelajaran Master dalam bidang Syariah di UKM. Kehadiran para peserta juga sangat menggalakkan walaupun ada dua tiga orang tidak dapat hadir dalam program tersebut kerana ada hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Selepas solat maghrib berjemaah, peserta dikehendaki keluar pergi ke foyer untuk sesi taaruf. Dalam sesi tersebut, kami membahagi kumpulan mengikut negeri kemudian masing –masing kenal diri dalam kumpulan tersebut. Selepas itu, pecahkan kumpulan mengikut warna kesukaan pula dan taaruf, kemudian mengikut tarikh lahir, dan akhir sekali bilangan adik-beradik. Dalam sesi ini juga, ahli lama terlibat juga agar ahli baru dapat mengenali ahli lama. Walaupun masa itu terlalu singkat namun kami puas hati dengan sesi tersebut walaupun masih ada lagi ahli baru segan dan malu dengan ahli lama.
Selepas solat isyak berjemaah, sesi sidang pleno hampir bermula kami membahagikan kumpulan kepada lima kumpulan, setiap kumpulan ada 4 atau 5 orang . Tajuk sidang pleno iaitu “Antara Akademik & Berpersatuan”. lima kumpulan tersebut diberi peranan yang berlainan antaranya pihak pentadbiran, mahasiswa, ibubapa, majikan dan pensyarah. Masing –masing diberi tempoh 15 minit untuk cari isi untuk mempertahankan hujah masing-masing. Dalam tempoh itu, kami disajikan dengan makanan ringan dan air untuk mengisi kekosongan perut. Selepas itu, berlangsunglah sidang pleno , lama- kelamaan keadaan semakin rancak masing-masing bangun untuk menyokong hujah mereka. Keadaan paling rancak ketika mana pihak pentadbiran bangun dengan semangatnya menlontar pendapatnya dan ideanya tapi dihalang oleh pihak mahasiswa yang juga ada pendapat mereka tersendiri. Keadaan ini berakhirnya dengan sesetengah perasaan tidak puas hati dan ada yang puas hati tetapi yang paling penting semangat yang ada diri peserta yang kita hendak. Program ini berakhir tepat pukul 10.30 malam dengan diberi sedikit makanan berat. Program ini dipantau oleh Ustaz Mahfuzan sepanjang berlangsungnya program ini.
Untuk itu, terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus dalam menjalankan program ini dan terutamanya kepada Ustaz Mahfuzan yang sanggup turun serta bersama kami dalam menjayakan program ini dan diharap program akan datang, sahabat-sahabat dapat memberi kerjasama lagi dalam menghidupkan program Biro kerohanian Kolej Rahim Kajai dan diharap program ini diberkati dan dirahmati Allah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
No comments:
Post a Comment