Followers

Saturday, June 11, 2011

A muslim duties towards the QURAN:)


The Quran was given to us Muslims as guidance for us to live accordingly in the temporary world. In fact, the Quran is able to lead us to Paradise and bring the Believers away from Hell fire, so may Allah guide and enable us to re-establish our contact with the Quran! Here are our duties, as Muslims, towards the Holy Book:







Thursday, June 9, 2011

Auratmu~AIB yang wajib ditutup


Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama' berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.

Monday, May 30, 2011

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH




Analogi Harimau dan Nyamuk

Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!



Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.



Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Sunday, May 22, 2011

~Selected Hadis~

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir

“Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” -H.R Tarmizi

“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

” Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan “.-hadis riwayat Bukhari

“Para penyayang akan disayangi Allah Yang Maha Penyayang. Sayangilah yang ada di muka bumi, kamu pasti disayangi yang di langit.” (Abu Dawud no. 4941, Trrmidzi no. 1924, Silsilah Shahihah no. 925)

’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan daripada jalan adalah sedekah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.



Thursday, March 31, 2011

selamat menghadapi peperiksaan SEMESTER 2 sessi 2010/2011





Selamat menduduki peperiksaan buat sahabat-sahabat sekalian. Semoga kejayaan milik kita bersama... Buat yang terbaik... Insya'Allah..

Sedikit tips untuk kita guna pakai di musim peperiksaan ini:

  • Jangan berada dalam tekanan. Study apa yang sekadar kita mampu. Jangan paksa diri.
  • Niat study krn Allah, niat exam krn Allah.
  • Minta maaf dgn ibu bapa, rakan2, dan semua orang.Maafkan semua orang. Minta org sekeliling doakan kejayaan kita.
  • Jauhi maksiat2 yg merosakkan hati (cth: elak SMS bukan mahram tanpa sebab, elak tengok aurat org lain, jaga mata).
  • Anggap study itu sesuatu yg sangat menyeronokkan. Fokus ketika study.
  • Carilah ketenangan ketika study. Baca doa dan baca quran sebelum study. Berwudhuk lagi baik.
  • Tingkatkan kebergantungan kita pada Allah. Solat qiamulail. Elok kiranya di waktu ini kita meramaikan mengimarahkan masjid. Solat berjemaah.

Ma'an Najah Fil Imtihan.... :)

"Jangan direnung betapa letihnya usaha, tetapi merenung betapa manisnya sebuah kejayaan"


Maher Zain – Never Forget ft. Mesut Kurtis Lyrics

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Monday, March 14, 2011

~Pertandingan Poster MMC~


Peserta: NURUL HAYATI BT SABRI


peserta:SITI SAADAH MOHAMED

Tempat KETIGA:Nur Hafizah Mohd Noor


Tempat KEDUA:Nur Syakilla bt Abdullah


Tempat PERTAMA:Nur Wahurul 'Ain bt Amirul Mu'minin



Sunday, March 13, 2011

Cerpen tempat pertama pertandingan MMC 2011

Nama pemenang: Siti Rokiah bt Ibrahim

NOTA KECIL CINTA

“Ayah bukan mahu melepaskan kamu. Tapi ayah rasa amanah yang diberikan oleh sahabat ayah ni agak berat, untuk mengubah anaknya, dan ayah fikir kenapa bukan melalui cinta kamu boleh mengubahnya, sepertimana Nabi Yusuf berjaya mengubah Siti Zulaikha”.

Permintaan ayah kepada aku berat sekali kali ini. Apatah lagi aku membawa amanah dari ayah dan yang lagi besar dari Allah, Khaliqul Alamin, agar membimbingnya lebih mengenal erti hidup. Semoga aku berjaya meraih redhaNya dengan membimbingmu, Adam Rashidi bin Zahri. Justeru aku bersetuju menjadi suri hidupmu demi mencapai redhaNya.

Syahira Hanani binti Ibrahim termenung sendiri. Mungkin memikirkan nasibnya yang terlalu parah untuk dikenangi, terlalu teruk untuk diperbaiki. Akhirnya, dia meraup muka,“insya Allah, andai aku redha dengan ketetapan Allah ini, akan ada hikmahNya, cuma bersabarlah jiwa. Akan ada nanti. Akan ada”, bisik hatinya. Puan Roha tersenyum melihat anaknya yang sudah siap diandam. Manis sekali. Dia terus meluru ke katil yang dihias dengan begitu rapi.

“ Senyumlah, anak mak. Jangan pernah lupa, sekalipun apa yang kita alami kita tak suka, mesti ada hikmah kenapa Allah takdirkan begini. Barangkali apa yang kita tak suka tu adalah yang terbaik untuk kita, dan boleh jadi juga yang kita suka tu bukannya yang terbaik untuk kita. Insya Allah ada baiknya. Percayalah.”

Syahira mengumpul semangatnya kembali. Dia tahu disebalik kemahuan ayahnya, tersimpan satu harapan yang baru. Matanya ditutup kemas. Tangannya digenggam. Tiada lagi kesedihan pada jiwanya, malah diganti pula dengan semangat yang baru. “Lillahi Ta’ala, aku ingin mengahwininya demi mengubahnya, insya Allah.Ya Allah, kau kuatkan hatiku”. Suara tetamu yang hadir bergema di telinganya. Ibunya mengangguk sambil menghulur tangan. Mereka semua akan menuju ke masjid yang hanya terletak di atas bukit selang beberapa buah rumah dari rumah Syahira. Di sana rombongan lelaki sudah sampai. Hati Syahira sudah tepu dengan debaran. Disebalik purdahnya, terlindung segala-galanya. Tangisannya dan semangatnya. Ibunya mengenggam erat tangannya dan menyeka air mata yang mengalir.

*****

Rashidi berlari secepat mungkin. Hujan yang turun secara tiba-tiba mendorongnya untuk masuk ke sebuah kedai buku. Sudah ramai yang berhimpit di dalam kedai itu, namun mungkin tidak ada yang sekuyupnya. Matanya sekejap diangkat sekejap dialihkan ketepi. Akhirnya tertumpu pada satu rak buku yang kelihatan lebih menyerlah pada matanya. Terus langkah diatur dan matanya menangkap sebuah buku. ‘Kenangan manis bersama Rasulullah.’ Mesti Shira suka baca ni. Buku itu terus dicapai dan dia meluru ke kaunter pembayaran. Hatinya berbunga. Entah sejak bila dia mula meminati setiap butir kalimah yang keluar dari bibir isterinya itu. Syahira Hanani binti Ibrahim, seorang gadis yang belum pernah didekati. Hanya kertas kuning yang menjadi perantara komunikasi mereka. Walaupun tinggal satu rumah, namun bagaikan masing-masing terlalu sibuk. Rindunya pada Syahira tidak akan diluahkan. Dia cukup tidak pandai menghuraikan isi hatinya. Sekalipun benar-benar mahu berjumpa, dia hanya pendamkan sahaja.

Tangga bus double decker itu dipanjatnya. Begitulah kehidupan di kota Dublin. Bas tidak akan menunggu kita. Tak seperti sesetengah bas yang tidak tepat pada masanya seperti di negara kita. Bahunya ditepuk, sekilas dia memandang kearah belakang. Senyuman manis sahabatnya yang sudah bertudung litup itu dipandang. Ima makin manis namun, mungkin Syahira mesti lagi manis, walau disebalik purdahnya!.

“Ima? Kau buat apa? Mana Shira?”, senyuman yang membugar dapat ditangkap Ima. Dia tahu, andai Rashidi pernah melihat wajah isterinya itu, pasti dia lagi tidak keruan. Itulah silapnya Rashidi, wajah isteri sendiri belum pernah dilihatnya. Walau sudah tiga bulan dia bergelar suami pada Syahira.

“Shira ada dekat rumah aku la. Aku tak nak bagi kau. Biar dia duduk dengan aku je.”

Rashidi menjuihkan bibirnya. Kesibukannya menyebabkan dia terpaksa membiarkan Syahira tinggal bersama sahabatnya itu, kerana dibimbangi tiada yang akan menjaganya. Maklum sahajalah, dia adalah pelajar tahun akhir tambah pula mengenangkan walidnya. Tangannya diseluk kedalam beg yang digalasnya.

“Nanti kau bagi kat Shira tau. Erm, kirim salam sayang dari aku.”, senyuman yang manis dihadiahkan buat Ima. Ima menahan gelak. Amat cocok. Yang lelaki dengan speknya, dan yang perempuan dengan lesung pipitnya. Bilalah boleh dapat mereka keluar bersama!

“Oh, nanti aku cakap, Shira, ni ada hadiah dari abang Adam. Dia kirim salam sayang buat Shira. Sambil senyum sampai telinga, boleh?”

“Kau ni! Betul-betul la. Kau jangan cakap aku menggedik pulak!” tiba-tiba sahaja wajah Rashidi merona merah. Belum pernah dia bercakap soal cinta selepas dipermainkan oleh seorang gadis satu fakulti dengannya dahulu, Mira.

****

Syahira memandang wajah Ima. Subhanallah, Ima sangat manis. Ima yang pertama kali memakai tudung labuh itu menunduk mukanya. Sungguh segan dengan keadaan itu.

“Malula, Shira. Nanti apa orang cakap pada Ima?, Ima ni dah la banyak dosa. Konon nak bertudung labuh pulak.”

“Ima, kenapa nak malu jika niat kita benar. Manusia memang dijadikan sebagai pengkritik. Kerana itu, mustahil untuk kita lepas dari kritikan orang. Biarlah apa orang nak kata pada kita, Ima. Sesungguhnya, apa yang kita wajib pedulikan adalah hak Allah kita tepati atau tidak. Ada satu cerita, Rasulullah bersama sahabatnya dikritik hebat. Sahabat Rasulullah dicerca di hadapan Rasulullah. Namun, Rasulullah hanya berdiam diri. Setelah sahabat tidak tahan, sahabat mencerca kembali musyrikin. Rasulullah yang asalnya berwajah manis memasamkan mukanya. Setelah itu, sahabat bertanya, Ya Rasulullah, mengapa kamu sanggup melihat kami dicerca?, sedangkan kami semua dicerca di hadapanmu. Rasulullah menjawab, “aku berdiam diri kerana aku gembira ketika kamu bersabar, sedang mereka mencercamu, Malaikat mencerca mereka demimu, namun, setelah kamu mencerca mereka kembali, malaikat telah berlalu meninggalkanmu.”

Kata-kata yang amat bernilai itu keluar lagi. Bagaimana mungkin adanya manusia semurni Syahira Hanani? Bagaimana?

Handset Ima yang bergetar pinta diangkat. Hurm! Rashidi call lagi, rindu kat Shira la ni?, desis hati kecilnya. Senyuman manis terus diukir.

“Assalamuaalaikum, ye encik Rashidi?Shira ada ni, rindu dia ye?”, matanya dialihkan pada Shira dengan senyuman manis

“Wa’alaikumussalam, Rashidi kat hospital ni. ICU. Kau bawak isteri dia sekali ok?”

“Baiklah”, dada Ima berombak kencang. Shira hairan dengan wajah Ima yang berkerut serta merta.

“Di kat hospital. Jom siap-siap pergi sana.” Kaki Shira kaku. Tiba-tiba semangatnya luruh

****

Rashidi memegang al-Quran coklat pemberian isterinya itu. Apa yang dia mampu hanya memahami makna Melayu. Dia sudah lupa akan setiap bacaannya. Apalagi dengan solat yang sudah lama tidak dikerjakannya.

Pertamanya, Syahira, aku minta maaf, aku sempat tersenyum dihari pernikahan kita. Walau aku tahu, itu bukan dengan relamu, tapi kau kena tahu, aku rela berkahwin denganmu bersebab, sayang. Kerana hanya dengan mengahwinimu sahaja aku boleh menghabiskan pengajianku. Mungkin kau tidak mengenali siapa Dato’ Zahri. Walid memang serius tidak suka dengan imej aku yang aku anggap trendy, tapi, walid yang berkopiah, apa dia tahu pasal trend ni kan? So, aku mengahwini kamu demi kepentingan diri sendiri. Maaf lagi kerana disepanjang kau berada di Dublin, sedikit pun kasih sayang tak tumpah buat kau. Kau harus faham, aku memang serius dengan kerja aku. Jadi, aku mohon Ima menjaga kau sepanjang aku sibuk. Alhamdulillah, dia senang menolongku. Aku call Ima seminggu 6 kali. Tanyakan pasal kau, sebab kalau aku tak tahu perkembangan kau, then walid call, bernanah telinga aku menahan ayat –ayat pedih dari walid buat aku. Itu kenyataannya. Tapi sekarang, aku call Ima lebih dari 20 kali seminggu. Sebabnya aku sudah mula rindu kamu.

Kertas kuning diperhati lagi. Sudah berkeping-keping yang diberikan kepadanya. Bodohnya aku! Kenapa aku tidak meminta nombor telefon Syahira? Mungkin dia tidak perlu menghantar notis begini lagi buat aku.

Nota kecil pertama diperhatikannya,.

“Assalamualaikum, selamat berizzah. Syukur, Shira dapat beruzlah dan menikmati keindahan kota Dublin. Shira keluar hari ni, dengan Ima. Erm, Adam dah selawat belum hari ni. Jom kita poskan permohonan kita kepada Rasulullah. Semoga permohonan kita diluluskan dan kita akan disyafaat di akhirat kelak.

Salam sayang, Syahira.”

Syahira, ada sebabnya Allah temukan kamu dengan aku. Aku percaya itu. Tapi, aku langsung tidak layak mendapat kasih-sayang insan semulia mu. Bait-bait nota kecil kedua dan seterusnya di perhatikan. Tersenyum dikala melihat nota kecil kedua dari Shira. Terasa dirinya begitu jahil, mengapa tidak mendapat fikiran mulus seperti Shira?

Nota kecil lagi?

“Assalamualaikum, dah selawat belum hari ni? Jangan lupa jugak, al-fatihah untuk Shira tau?”

Ya, Syahira, abang dah bacakan al-Fatihah untuk semuanya. Abang dah baca buat Rasulullah S.A.W, buat Malaikat, buat sahabat-sahabat baginda, buat walid, ayah, umi, mak, Aina, buat lecturer. Buat semuanya, Shira. Aku malu dengan tindakan aku. Setelah aku mendapat nota kecilmu kali kedua, terus mataku aku gosok-gosokkan. Al-Fatihah? Bukan bismillah tu ke? Al-Fatihah? Sebab apa?.

Adam Rashidi tersenyum sinis. Senyuman buat dirinya atas kejahilannya. Tangannya laju menekan nombor Ima. Selaju itu juga, Ima mengangkat panggilan.

“Assalamualaikum, cik abang. Ye? Kenapakah?”suara lembut itu kedengaran jelas dicorong telefonnya.

“Shira ada?”. Pendek tapi cukup dapat memahamkan Ima akan kehendak Rashidi.

“dia ada. Tengah baca al-Quran. Kenapa?”, suara serius Rashidi dijawab dengan serius oleh Ima.

“Erk? Ok. Dia suruh aku bacakan al-Fatihah untuk dia. Tak ke gila nampaknya?”

Ima tersenyum. Dia memandang Syahira yang masih bertelekung. Shira begitu sempurna. Sangat manis orangnya disebalik purdahnya. Tak banyak bicara kecuali ilmu. Tak banyak gelak, dan senyumannya manis. Ima terpegun dengan sahabat yang baharu dikenalinya. Cuma mungkin Rashidi yang tidak menyedarinya. Al-Quran Shira dah renyuk-renyuk. Mungkin dah terlalu sebati dengan dirinya. Masih Ima ingat, Shira ada berkata padanya, dia menjadi yakin dengan adanya al-Quran, dan tiada yang lebih sayangi melainkan al-Qurannya yang sentiasa dibawa kemana sahaja. Lamunan Ima terhenti dengan suara kecil yang masih berbaki di gegendang telefonnya.

“Hoi!!! Hello!!! Kau nak aku bacakan al-Fatihah untuk kau sekali ke? Kau ni, Ima”.

Ima tergelak kecil. Lupa dia sedang berborak dengan sahabat karibnya itu kerana terkenangkan Syahira yang terlalu indah. Syahira memandang Ima. Dia sudah memeluk dan mencium al-Qurannya. Ima menghulurkan handsetnya pada Shira. Dia terus menyambutnya.

“Assalamualaikum.” Panggilan terputus. Syahira melihat skrinnya. Tiada lagi suara. Dia tersenyum. Dahi Ima berkerut.

‘Aik? Kenapa diputuskan?’. Syahira masih tersenyum. Bibirnya yang merah merekah seakan bersinar.

“Adam mungkin dah habis kredit.” Hanya itu yang dilafazkan Syahira. Imah tersenyum dan memeluk bahu Syahira. Dia ingin mendekati Syahira sedalamnya. Mencari rahsia disebalik kesempurnaan insan bertubuh genit itu. Begitulah apa yang Ima ceritakan buat aku.

Waktu itu aku sengaja meletakkan telefon. Kerana aku tak suka kau tanya aku soalan melibatkan iman atau Islam. Itu hal masing-masing. Jangan pernah kau campur adukkan dengan kehidupan aku. Untuk itu, aku ingin memohon maaf andai aku membuatkan kamu terluka hari itu, Shira.

Hari-hari mendapat nota daripada Syahira, buatkan aku rimas pada mulanya. Aku sudah besar. Kau pula 4 tahun lagi muda dari aku. To be honest, aku rasa setiap kata-kata kamu itu hanya permainan budak kecil. Sehingga aku terbaca nota kecil ketigamu. Nota ini buatkan aku seram sejuk. Mungkin kau menyindirku, mungkin kau menyayangiku,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh..

Ertinya, salam sejahtera buat kamu , semoga Allah merahmatimu, memberi keberkatannya dan mengampunkanmu. Semoga, dengan ucapan salam itu, kamu juga menjawab salam itu buat diri Shira. Perjalanan kita tidak akan sunyi dari dosa noda. Sepantas detik waktu berlari, sederas itu juga, ajal akan menghampiri. Hari ini, suatu hari lagi baru, yang ditakdirkan buat Shira. Andai hari ini tiada mungkin, Shira tidak akan lagi berada di Kota Dublin. Dan mungkin juga walid Adam akan memarahi Adam kerana Adam gagal menjaga Shira. Bukan itu soalnya, kerana Shira sayangkan Adam, Shira mahu Adam kuat , biar Adam gagah melawan nafsu Adam. Demi jiwa sesungguhnya, bila kita dimatikan oleh Allah, jiwa kita akan meronta mahu di hidupkan kembali. Benar! Kita tidak akan diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. Tapi, hari ini Allah hidupkan kita kembali.dengan hari ini, dengan satu lagi peluang Allah berikan, teruskanlah berjuang demi sebuah dunia abadi. Akhirat..

Tak mahu panjang-panjang, disini sahaja. Esok shira sambung lagi. Jom selawat.

Ikhlas, syahira.

Nota kecilmu itu menyiat lemak kemaksiatan aku, Shira. Kau membuatkan aku kalah pada budak perempuan yang usianya hanya 22 tahun. Apa dalam fikiran kamu? Kenapakah kamu berfikiran mengenai usia akhiratmu, sedangkan kau masih punyai peluang berlipat kali ganda dari aku. Empat tahun sudah merupakan jangka yang lama bagi kau merebut pahala sebanyaknya Syahira.

Syahira, segala nota kecil kamu aku simpankan di dalam buku aku. Diari muslim. Aku tahu, jika kau mengetahui isi diari ini, kau pasti terkejut. Aku bukan sepertimu. Aku jauh berbeza dari kamu. Aku masih ingat kali pertama aku mendapat jubah putih dan kopiah putih. Maaf sayang, aku telah membuangnya. Tapi, nota kecilmu membuatkan aku mengambilnya kembali. Aku segan mahu menyarungnya. Aku segan dengan hati hitam aku, bagaimana mungkin aku memakai jubah putih, kopiah putihmu. Hanya mungkin akan ada suatu masa, aku akan memakainya.

Tapi pelik, kenapa hari ini dan semalam, tiada lagi kertas kuning kau tampalkan di meja aku? Di skrin laptop mungkin. Atau pada almari bukuku. Kau sedia tahu, apa yang selalu ku sentuh,kerana tempat yang kau tampalkan itu, menjadi tempat permainanku. Hari ini aku sudah boleh membaca al-Quran, berbekal cd-rom yang kau berikan, pun sudah boleh membaca ma’thurat bersama cd yang kau berikan. Syukur kau tidak banyak bertanya, Syahira. Aku lebih suka begini, kerana, aku tidak akan segan mempelajarinya al-Quran berdasrakan cd. Aku suka baca nota kecil yang kau selit pada cd- rom yang kau berikan pada aku.

Mungkin aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.

Aku faham bait itu, kau menyindirku kerana kau menyayangiku, begitu maksud kamu kan?syukur, alhamdulillah, aku mendapat kamu sebagai isteriku.

Syahira, kenapa aku berada disini, ajalku sudah tiba mungkin. Aku sendiri di padang yang hijau. Tanpa buku, tanpa walid, tanpa umi, tanpa kamu. Namun, siapakah makhluk hitam disana. Syahira, hadiahkan al-Fatihah buat suamimu ini. Aku bimbang selepas ini, aku tidak mampu bangun dan membaca al-Fatihah sepertimu.

Lembaga itu berlari pantas menuju Rashidi dan menolaknya jatuh kedalam gaung curam. Yang hanya ada dihati Rashidi hanya Allah. Tubuh sasa itu terus tercampak. Melayang bagaikan kekabu.

“Allahuakbar!”

Seluruh anggota keluarga Rashidi terkejut. Rashidi yang sudah dua hari tidak sedarkan diri disebabkan terperangkat didalam lif sudah tersedar. Datin Safiyya menggenggam tangan anaknya kemas. Air matanya keluar deras. Dada Rashidi berombak kencang. Bibirnya pucat kebiruan. Shira yang turut menangis menyeka air matanya. Dia tahu, dia sayangkan suaminya.

****

Adam Rashidi diam seribu bahasa. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Susuk genit di hadapannya diperhati. Siapa ni? Syahira memalingkan wajahnya kearah Adam dengan senyuman. Mata Adam berkedip-kedip ditangkap oleh adiknya, Aina.

“Ehem-ehem. Nampaknya, along dah terkesima ni.” Gelak Aina yang terlalu kuat membuatkan wajah Adam Rashidi merona merah lagi. Dia tersenyum menahan malu. Shira tersenyum. Geli hati dengan kata-kata Aina yang dari tadi menyakat kakak iparnya itu. Terus kakinya melangkah meluru keruangan dapur rumah itu. Rashidi terus memaut bahu adiknya seraya melihat bayang-bayang Shira hilang dari matanya.

“siapa?”, tanyanya penuh keliru.

“jangan main-mainlah, long!’, bibir Aina dimuncungkan.

“Ha! Muncung-muncung! Along sangkut baju along kat situ. Nak? Bagi kekal sikit.” Rashidi menarik-narik hidung adiknya. Aina tersenyum manja. Alongnya itu memang suka menyakatnya. Datin Saffiya yang baru keluar dari dapun melihat telatah mereka berdua. Ada-ada sahajalah kamu berdua ni!

Rashidi meluru kearah umminya.

“Mi! Siapa tu? Ummi tak pernah cerita pun dekat Di? Bawa dari Malaysia ke Dublin lagi. Mesti ada apa-apa, kan? betul tak? Anak angkat? Tak cukup ke kami berdua je Mi?”.

“siapa mana?”. Persoalan anak sulungnya itu menyebabkan Datin Safiyya kehairanan.

“yang genit-genit tu. Cantik tu la?”. Mata Rashidi meninjau-ninjau kelibat perempuan itu lagi.

“Astaghfirullahal’azim. Kamu ni. Tu, baju biru tu?”, Rashidi mengangguk.

Datin Safiyya dan Aina mengerutkan dahi mereka. Mahu disepak sahaja kaki alongnya itu, biar tersembam, terus ingat pada kakak iparnya. Apalah. Koma ke dia? Ke gejala tidur berlebihan? Syahira berpaling lagi. Dia sudah menapak hanya dua tiga inci dari ibu mertuanya.

“ Assalamualaikum, saya anak ummi. Syahira Hanani binti Ibrahim.”

“ Shi..shira?”

Syahira mengerutkan dahinya. Kenapa lagak suaminya begitu pelik. Dia mengangguk. Rashidi tersenyum dengan lebarnya. Matanya sekejap dialih pada Shira, sekejap dialih pada umminya. Kemudian dia tergelak. Hatinya terlalu gembira. Terlalu gembira. Seperti sudah mahu keluar jantung dari badannya.

“Shira! Syahira.” Terus isterinya dipeluk. Syahira yang hanya diparas bahunya itu hanya berdiam diri. Amat segan dengan keadaan itu. Dia belum pernah bercakap dengan suaminya. Namun cukup mengerti setiap bisikan hati suaminya. Cukup mengenal susuk suaminya dengan pertolongan Ima yang bercerita macam-macam mengenai suaminya. Berbeza dengan Rashidi yang belum pernah memandang wajah isterinya. Belum mengenali siapa isterinya.

“Ni isteri Di, ummi?Oh nilah wajah sebalik purdah tu.” semua tergelak melihat gelagat Adam Rashidi. Masing-masing menggiling kepala.

“Ya Allah, syukurnya.. alhamdulillah, Di tak pernah kenal Shira. Hari ni baru tengok muka isteri sendiri.”, wajah Shira dipandang lama. Shira menundukkan wajahnya, namun diangkat kembali oleh Rashidi .

“Jangan tunduk lagi! Abang takut abang tak kenal isteri abang lagi. Lagipun Shira ada hutang dengan abang, kan?”. Mahu sahaja dia memeluk dan mencium isterinya itu. Shira mengerutkan dahinya. Setahunya, mereka tidak pernah berbual. Hanya ketika berada di Dublin Airport. Itu pun dengan kemarahan Rashidi yang bersisa.

“Erm, apa ye?”.

“Abang nak tiga kertas kuning hari ni. Shira dah tiga hari ponteng tak bagi nota kecil kat abang kan?”

Shira tersenyum. Baru lega hatinya. Ingatkan ponteng apa tadi!

“Ok, sir!”

“Erm, tak payah tulis. Tulah, sombong, mintak nombor telefon kita ni mana dia nak? Kan tak payah tulis kat kertas kuning tu lagi, mesej je?”, Shira menjelingnya manja. Terserlah lesung pipitnya. Comelnya, bila senyum sambil menjeling.

“Shira tak mahu hantar mesej. Nanti Adam boleh hilangkan dengan satu klik je. Kalau Shira tulis kat nota, bagi Adam ingat Shira sikit.”Rashidi tersenyum manis. Kini tinggal mereka berdua di ruangan itu.

“Ok, jadi hari ni, abang tak nak kertas kecik tu lagi, naik rabun abang baca. tulisan Shira cantik sangat, khat-khat segala, abang nak dengar tiga nota kecil buat abang hari ini.” Memang benar, tulisan Shira amat cantik.

“Ok. Tak ada masalah, nota kecil pertama, selawat selalu, jangan lupa.”Shira tersenyum.

“Ok. Tak lupa. Lagi?”, matanya mencari mata isterinya. Namun, mungkin isterinya agak kekok dengan keadaan itu. Sempat sahaja matanya itu dialihkan.

“Lagi... al-Fatihah bukan untuk orang meninggal je. Untuk kita jugak.”

“Ok.. lagi.. last, nak yang boleh buat abang ingat sampai bila-bila.”, nada suaranya seperti berbisik dan mulutnya didekatkan pada telinga isterinya. Shira yang sedikit kekok mahu mencabar keberanian suaminya. Terus kakinya dihinjit. Tangannya memeluk leher suaminya. Kekok! Tapi tetap mahu!!

“Lastly.. Shira Hanani bt. Ibrahim sayang suami dia, Adam Rashidi bin Izhar. Saya mahu bahagia bersama suami saya sampai syurga. Amin!”, kata-katanya yang diakhiri dengan jerit menyebabkan Adam Rashidi tersenyum. Dia terus mengucup ubun-ubun isterinya. Masing-masing menahan malu. “Abang dah sedia nak pakai jubah putih yang Shira bagi. Kita naik haji tahun ni, nak? Kita ajak mak, ayah, ummi, walid, Aina.” Shira tersenyum. Cepat-cepat dia mengangguk. Alhamdulillah. Aku bahagia!!

Nota kecil dari Shira: boleh jadi yang kita tidak suka, itu terbaik buat kita, dan boleh jadi yang kita suka dan agung-agungkan tu tidak baik untuk kita.

Nota kecil dari Rashidi: aku malu mengenangkan pergaduhan aku dengan walid. Betapa aku tak perlu menolak Syahira. Apa pun, walid! You’re the best walid in the world! Cayalah!”