Adab - adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri
1.
Menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.
2.
Mandi sunat hari raya.
3.
Memakai bau-bauan harum.
4.
Memakai pakaian yang paling baik.
5.
Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid.
6.
Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya.
7.
Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.
8.
Bertakbir semasa berjalan ke masjid.
9.
Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara-saudara muslim.
10.
Menggelakkan pembaziran.
11.
Menjauhi segala perbuatan maksiat dan sia-sia.
Assalamualaikum warahmatullah...
salam aidilfitri
diucapkan terutama buat semua ahli biro kerohanian... selamat pulang ke kampung halaman......Dihari kemenangan dan kegembiraan ini marilah kita saling berkenalan,bermaafan dan istiqamah dalam perjuangan... maaf zahir dan batin di pohon andai ada yang terkurang sepanjang program Biro Kerohanian yang telah lalu... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. maaf zahir dan Batin :))
Dapatkan Mesej Bergambar di SiniIdulfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadan.
Ramadan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah.
Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).
Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Quran, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.
Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.
Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.
Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja.
Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadan berteraskan akidah, maka cara menyambut Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.
Bukan sahaja dengan solat Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.
Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.

No comments:
Post a Comment