
Kebanyakan di antara kita hanya menyebut perkataan ‘OK’ sebagai satu lafaz perjanjian bahawa kerja tersebut bakal disiapkan, atau jemputan tersebut akan dihadiri? Adakah kita yakin bahawa esok masih menjadi milik kita?
Sebab itu Allah SWT menganjurkan kita cara yang terbaik dalam segala aspek kehidupan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 23-24:
“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut): “Insya-Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.
Lafaz ‘Insya Allah’ menjadi saksi penting bahawa kita meletakkan bahawa setiap apa yang bakal berlaku pada hari esok adalah milik dan sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Andainya kita terlupa atau ditimpa musibah yang boleh menghalang kita dari melakukannya, Allah SWT tidak akan meletakkan kita antara mereka yang sengaja ingin memungkiri janji.
“Ketahuilah bahawa, segala perbuatan kita adalah milik Allah.InsyaAllah bukan bicara kosong. Tetapi ia adalah doa agar Allah benar-benar merealisasikan apa yang kamu hendak buat. InsyaAllah bukti keseriusan kita dalam sesuatu perkara. Sebab itu kita sebut: “InsyaAllah” sebagai doa ianya direalisasikan oleh Allah SWT sambil kita mengusahakannya.
Learn to say 'No' if u dont want to do something..
n say 'Yes..InsyaAllah' if u want do something! Cause its apromise to yourself (and to others) and a hope that relies to Allah
No comments:
Post a Comment