Followers

Tuesday, August 9, 2011

~Amalan sepanjang Ramadhan~

1- Bersahur. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kerana dalam bersahur itu ada keberkatan”. (Muttafaq alaih).

2- Solat tahajjud 2 rakaat selepas bersahur, seterusnya beristighfar sehingga masuknya waktu subuh. Seterusnya mendirikan solat subuh berjamaah di masjid atau surau. Dari Anas dari Zaid bin Thabit r.a memberitahu: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian Baginda bangun mengerjakan solat subuh. Aku bertanya: “Berapa lama jarak antara sahur dan azan? Baginda menjawab: “Sekadar 50 ayat”. (Riwayat Bukhari)

3- Membaca al-Quran dan berzikir sehingga terbit matahari. Firman Allah s.w.t bermaksud:” Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam…” (al-Isra’ 78).

4-  Solat  sunat  dhuha.  Abu  Hurairah  meriwayatkan  bahawa  Rasulullah  s.a.w   mewasiatkan  supaya berpuasa   3 hari  dalam   sebulan,  menunaikan  solat  dhuha   2  rakaat  dan  solat  witir  sebelum  tidur. (Muttafaq  alaih)

5- Menunaikan tanggungjawab kerja harian. Kerja adalah ibadat sekiranya berniat mencari rezeki yang halal untuk membantu melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

6- Solat  berjamaah sama ada di masjid, surau atau tempat kerja. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat berjamaah lebih baik berbanding dengan solat seorang diri dengan kelebihan sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq alaih)

7- Tidur sedikit (qailuulah) sebelum asar/zohor untuk memberikah sedikit kerehatan pada badan. Seterusnya solat asar berjamaah di masjid atau surau.

8- Membaca al-Quran, mentadabbur maknanya dan membaca buku-buku agama berkaitan sirah Nabi s.a.w., hadis, feqah dll.

9- Berzikir sebelum berbuka. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar”. (Al-Ahzab 35).

10- Melewatkan bersahur dan Bersegera untuk berbuka apabila masuk waktunya dengan tamar dan sedikit makanan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selagimana mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur”. (Riwayat Ahmad)

11- Jangan sekali-kali lupa untuk berdoa ketika hendak berbuka kerana waktu tersebut, doa adalah mustajab. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doanya ketika berbuka tidak akan ditolak”. (Ibn Majah)

12-  Solat maghrib berjamaah di masjid atau surau sebelum makan makanan yang agak berat.

13- Makan makanan berbuka: awas! jangan melampau semasa makan dan minum. Firman Allah s.w.t bermaksud:”Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (al-A;raf 31). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi satu bekas yang buruk selain dari perutnya”. (Riwayat Tirmizi)

14- Solat isyak dan tarawih berjamaah di masjid atau surau. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. (Muttafaq alaih)


15- Sedekah. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling dermawan. Sifat dermawan Baginda amat terserelah pada bulan Ramadhan. Baginda SAW ditemui Jibrail setiap malam pada bulan Ramadhan lalu Baginda bertadarus al-quran dengannya.


16-Memberi makan orang yang berbuka puasa. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang memberikan iftar kepada orang yang berpuasa nescaya baginya seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi daripada pahala puasanya sedikitpun".-Riwayat Tarmizi


17- Iktikaf. Ibn Umar RA meriwayatkan "Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan".-Riwayat Bukhari.


18- Menjauhi dosa dan maksiat.


19- Manfaatkan waktu haid dan nifas.



No comments:

Post a Comment